Friday, February 14, 2014

:: Neurofibromatosis bukan penyakit pelik! ::

Welcome back.
Untuk pengetahuan semua, 'ilmu' neurofibromatosis di Malaysia ni masih di tahap sangat rendah. Tidak ramai yang tahu apa itu NF!

Mungkin ramai yang tak peduli apa itu NF! Dan ramai juga yang merasakan NF ini adalah suatu penyakit yang MISTERI & PELIK!

Sebenarnya TIDAK, sekiranya anda semua ada pengetahuan asas mengenai apa itu NEUROFIBROMATOSIS!
Tak perlu jumpa bomoh segala kerana itu bukan jalan penyelesainnya!

Ya, NF masih tiada UBATnya. Kebanyakkan pesakit cuma ada 2 pilihan. Samada meneruskan kehidupan secara normal atau hidup dengan tekanan.

Tapi saya memilih untuk meneruskan kehidupan secara normal dan saya masih mempunyai self esteem yang tinggi.

Jujur saya katakan ada orang yang merasa JIJIK apabila melihat pesakit NF ini. Kami tidak minta untuk dilahirkan sebegini. Kami tak minta bintik dan bintat itu untuk berada pada tubuh kami.

Di sini saya akan kongsikan beberapa gambar pesakit neurofibromatosis. Apa yang kami perlukan adalah moral support dan bukannya 'EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!'






Lumps/benjolan berasal dari ini :

 benjolan/bintat2 kecil

ke ini  ia boleh membesar dan berubah warna dan bertambah


ke ini  ia boleh meliputi keseluruhan badan serta muka


di atas adalah antara gambar-gambar penghidap NF. Kebanyakkan penghidap NF1 hanya mempunyai benjolah-benjolan di luar kulit sahaja manakala NF2 mempunyai 'tumor' di bahagian dalam tubuh sehingga boleh mencacatkan penglihatan atau pendengaran.

Bagi saya ianya adalah satu penyakit yang perlu dicari UBATNYA.
Dan ini adalah salah satu tujuan mengapa saya mewujudkan blog ini.

Please FIND a CURE for us, a NEUROFIBROMATOSIS patient(s).



No comments:

Post a Comment